Pilihan raya dalam suasana darurat Pilihan_raya_Pakistan_2008

Presiden Pakistan Pervez Musharraf mahu mengadakan pilihan raya dalam keadaan darurat sekarang. Pemerintahan darurat telah diisytiharkan oleh Presiden Pervez Musharraf pada 3 November 2007 bagi mengekang keganasan yang semakin memuncak. Namun Presiden Musharraf masih menekankan akan kepentingan pemerintahan tentera masih sesuai dikuatkuasakan di Pakistan . Kebanyakan rakyat di negara sedang membangun seperti Pakistan tidak berjaya memanfaatkan sistem demokrasi secara bijak.

Amerika Syarikat yang selama ini menjadi sekutu rapat Pakistan bimbang jika darurat berterusan . Timbalan Menteri Luar Amerika Syarikat , John Negroponte mahu undang-undang darurat ditarik balik jika Pakistan mahu mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan dipercayai oleh masyarakat setempat dan antarabangsa. Pada 17 November 2007, John Negroponte bertemu dengan Presiden Musharraf di Islamabad, Pakistan. Beliau turut menelefon bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto berhubung keadaan darurat dan pilihan raya Pakistan yang bakal diadakan.

Tidak mungkin rakyat Pakistan berani dan bebas keluar mengundi dalam suasana darurat. Dalam pemerintahan darurat, semua pergerakan tersekat, kempen parti politik tidak dapat diadakan dan masih banyak pemimpin politik masih ditahan atau dipenjarakan.

Tetapi Presiden Musharraf enggan menarik balik undang-undang darurat selagi keamanan tidak tercapai di Pakistan. Undang-undang darurat diperlukan agar pilihan raya parlimen dan provinsi dijalankan dalam keadaan aman.

“Ekstrimisme dan terorisme” semakin meningkat di Pakistan. Bila-bila masa sahaja bom akan meledak dan tuduh-menuduh antara Syiah - Sunnah , al Qaeda , Benazir Bhutto dan Nawaz Sharif akan berlaku. Kepulangan Benazir Bhutto di Karachi disambut dengan ledakan bom.